Ringkasan Surat (AI)

Surat An Naba' menggambarkan hari kiamat dan tanda-tandanya. Tema utamanya adalah kekuasaan Allah menciptakan alam semesta. Pesan intinya adalah seluruh penciptaan menyaksikan keesaan Allah, dan manusia harus mempersiapkan diri menghadapi hisab.

1

عَمَّ يَتَسَاءلُونَ

Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

2

عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ

Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

3

الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ

Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

4

كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

5

ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

6

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا

(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

7

وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

8

وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا

Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

9

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

10

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا

Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

11

وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا

Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

12

وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا

Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

13

وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا

Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

14

وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاء ثَجَّاجًا

Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

15

لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا

Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

16

وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا

Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

17

إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا

Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

18

يَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَتَأْتُونَ أَفْوَاجًا

Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

19

وَفُتِحَتِ السَّمَاء فَكَانَتْ أَبْوَابًا

Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

20

وَسُيِّرَتِ الْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا

Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.