Ringkasan Surat (AI)

Surat Al-Waqi'ah menegaskan kepastian hari kiamat yang akan membagi umat manusia menjadi tiga golongan berdasarkan derajat keimanan dan amal perbuatannya. Pesan intinya mengajak manusia merenungkan kebesaran Allah melalui penciptaan serta mengingatkan adanya balasan surga yang penuh kenikmatan maupun siksa neraka bagi para pendusta.

21

وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

22

وَحُورٌ عِينٌ

Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

23

كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ

Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

24

جَزَاء بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

25

لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا

Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

26

إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا

Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

27

وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ

Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

28

فِي سِدْرٍ مَّخْضُودٍ

Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

29

وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ

Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

30

وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ

Dan naungan yang tetap terbentang,

31

وَمَاء مَّسْكُوبٍ

Dan air yang sentiasa mengalir,

32

وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ

Serta buah-buahan yang banyak,

33

لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ

Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

34

وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ

Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

35

إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاء

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

36

فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

37

عُرُبًا أَتْرَابًا

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

38

لِّأَصْحَابِ الْيَمِينِ

(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

39

ثُلَّةٌ مِّنَ الْأَوَّلِينَ

Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

40

وَثُلَّةٌ مِّنَ الْآخِرِينَ

Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.