Surah ke-50 · 45 ayat
QAAF — Ayat 37
37
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ
Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
Tafsir
{Sesungguhnya, dalam perkara itu} yang disebut {adalah peringatan} satu pengajaran {bagi sesiapa yang mempunyai hati} fikiran {atau memberi telinga} mendengar nasihat {semasa dia hadir} dengan hatinya.