Surah ke-43 · 89 ayat
AZ ZUKHRUF (PERHIASAN) — Ayat 36
36
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
Tafsir
{Dan sesiapa yang hidup} berpaling {daripada mengingati Tuhan Yang Maha Pemurah} iaitu Al-Quran {Kami akan tetapkan kepadanya syaitan, lalu dia akan menjadi temannya} yang tidak akan meninggalkannya.