Surah ke-9 · 129 ayat
AT TAUBAH (PENGAMPUNAN) — Ayat 121
121
وَلاَ يُنفِقُونَ نَفَقَةً صَغِيرَةً وَلاَ كَبِيرَةً وَلاَ يَقْطَعُونَ وَادِيًا إِلاَّ كُتِبَ لَهُمْ لِيَجْزِيَهُمُ اللّهُ أَحْسَنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil, atau yang besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
Tafsir
{Dan mereka tidak membelanjakan} di dalamnya {sedikit pun perbelanjaan} walaupun sebiji kurma {dan tidak juga yang besar, dan mereka tidak melintasi lembah} dengan perjalanan {melainkan dicatatkan bagi mereka} sebagai amal soleh {supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baiknya apa yang telah mereka kerjakan} iaitu ganjaran mereka.