Surah ke-16 · 128 ayat
AN NAHL (LEBAH) — Ayat 107
107
ذَلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّواْ الْحَيَاةَ الْدُّنْيَا عَلَى الآخِرَةِ وَأَنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan kerana Allah tidak memberi hidayah petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).
Tafsir
Ancaman {itu} terhadap mereka {adalah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia}, mereka memilihnya {daripada akhirat dan bahawa Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir}.