Surah ke-8 · 75 ayat
AL ANFAAL (RAMPASAN PERANG) — Ayat 68
68
لَّوْلاَ كِتَابٌ مِّنَ اللّهِ سَبَقَ لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu.
Tafsir
{Sekiranya bukan kerana ketetapan terdahulu daripada Tuhan} yang membenarkan kamu mengambil harta rampasan dan tawanan, {kamu akan ditimpa azab yang besar kerana apa yang kamu ambil} sebagai tebusan.