Surah ke-6 · 165 ayat
AL AN'AAM (BINATANG TERNAK) — Ayat 156
156
أَن تَقُولُواْ إِنَّمَا أُنزِلَ الْكِتَابُ عَلَى طَآئِفَتَيْنِ مِن قَبْلِنَا وَإِن كُنَّا عَن دِرَاسَتِهِمْ لَغَافِلِينَ
Supaya kamu tidak mengatakan: "Bahawa Kitab (ugama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka".
Tafsir
Kami turunkan supaya kamu tidak berkata, “Kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan sahaja,” iaitu Yahudi dan Nasrani, “sebelum kami.” Dan “kami tidak menyedari bacaan mereka,” kerana kami tidak mengetahuinya, kerana ia bukan dalam bahasa kami.