AL AN'AAM (BINATANG TERNAK) — Ayat 116
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ اللّهِ إِن يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.
Tafsir
{Dan jika kamu mentaati kebanyakan orang yang di bumi} iaitu orang-orang kafir {mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah} agama-Nya {Mereka hanya mengikuti sangkaan} dalam hujah mereka dengan kamu tentang perkara bangkai ketika mereka berkata: "Apa yang telah dibunuh oleh Allah lebih layak untuk kamu makan daripada apa yang telah kamu bunuh." {Dan mereka hanya bersangkaan} mereka berbohong tentang itu.